Monday, September 8, 2008

HAK2 KEISTIMEWAAN ORANG ISLAM DI MALAYSIA

Pada angan2 saya andailah Perlembagaan Negara digubal, adalah elok jika Hak2 Keistimewaan Bumiputera diubah kepada Hak2 Keistimewaan Orang Islam dengan alasan berikut

  1. Memartabatkan Perlembagaan Negara Agama Islam sebagai agama rasmi
  2. Perpaduan kaum yang lebih realistik integriti bukan bersifat retorik atau artificial
  3. Mewujudkan satu bangsa Malaysia yang jauh lebih ideal
  4. Pembahagian kekayaan yang lebih adil sesama saudara Islam tanpa mengira kaum
  5. Mewujudkan persefahaman yang jitu mengenai peranan kaum masing2 dalam memajukan Ummah Islam di Malaysia
  6. Mengembangkan dakwah dan syiar Islam dengan lebih berkesan tanpa salah faham
  7. Pelaksanaan Syariat Islam tanpa keraguan sempadan bangsa yang majmuk
  8. Semua kaum yang lahir di Malaysia dan beragama Islam wajar diberikan HAK KEISTIMEWAAN ORANG ISLAM


Berikut ialah fokus utama dalam impian saya

HAK-HAK KEISTIMEWAAN ORANG ISLAM

  1. Tanah rizab orang Islam dipertingkatkan
  2. Kuota kemasukan ke IPTA 65% sehingga mencapai 80 % pada tahun 2030 (meningkat sebanyak 1% setiap tahun bermula 2015-2030)
  3. Pemberian biasiswa kepada semua pelajar Islam yang cemerlang sahaja
  4. Sistem Pendidikan dan Dakwah Islam diperkembangkan dan diekslusifkan
  5. Pembelian dan pemilikan hartanah dengan rebet 20%
  6. Semua jawatan eksekutif di Malaysia hanya diperuntukkan kepada orang Islam sahaja termasuk syarikat GLC
  7. Syarikat swasta yang beroperasi di Malaysia harus mempunyai sekurang2nya 10% orang Islam dalam bahagian pentadbiran eksekutif
  8. Kontrak dan tender oleh kerajaan terbuka kepada mana2 orang Islam sahaja tetapi keutamaan diberikan kepada warganegara Malaysia
  9. Geran Penyelidikan dan Pendidikan hanya untuk orang Islam sahaja
  10. Perkongsian kuasa di Parlimen perlulah mencapai 80% orang Islam menjelang 2020
  11. Hanya pengusaha dan peniaga Islam sahaja dibenarkan terlibat dalam industri halal di Malaysia termasuk mendapatkan sijil Halal dari Jakim
  12. Sistem perundangan mesti menggunapakai Al Quran dan Hadis sebagai rujukan utama dalam penetapan hukum dan undang2 di Malaysia ke atas semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum dan agama

Sunday, September 7, 2008

Melayu mesti kaya

Perbandingan kejayaan dan kekayaan orang cina dan orang melayu

Tahukah anda, rahsia kekayaan orang cina?
Pernahkah anda membaca biografi Lim Goh Tong dan Boon Siew?

Berikut adalah faktor utama pendorong kepada kekayaan mereka?

1. Azam yang tinggi
2. Usaha yang tiada henti
3. Bijak mengguna dan mencipta peluang
4. Prinsip dan disiplin yang tegar

Berikut pula adalah faktor utama pendorong kepada kekayaan melayu Islam?

1. Azam yang tinggi
2. Usaha yang tiada henti
3. Bijak mengguna dan mencipta peluang
4. Tawakkal kepada Allah yang tiada penghujung


Ulasan ringkas
Bijak mengguna peluang
Prinsip dan disiplin yang tegar
Tawakkal kepada Allah yang tiada penghujung

Terdapat 3 golongan di dunia ini. Orang pertama ialah yang malas iaitu sentiasa melepaskan peluang, orang kedua pula yang rajin dan sentiasa menggunakan peluang yang ada, manakala orang yang ketiga ialah bijak dan rajin iaitu sentiasa mencari ruang untuk mencipta peluang
Belum tercatat pun di dalam sejarah orang-orang yang berjaya datang dari golongan pertama. Tetapi jika dilihat dari buku 100 orang terhebat di dunia semuanya dari golongan orang yang ketiga.
Mereka ini sentiasa mencari ruang peluang demi mencapai aspirasi besar mereka. Bagi mereka segala ujian, mehnah dan cabaran adalah batu loncatan mencapai matlamat dan tujuan. Biarpun berkali-kali menemui kegagalan tetapi ia ibarat angin yang bertiup lalu sahaja. Segala peluang dimanfaatkan dengan sepenuh-penuhnya dan digunakan pula mencipta peluang yang lebih baik. Matlamat yang jelas berserta perancangan teliti menjadi maajun utama kepada usaha gigih. Inilah rahsia sebenar yang bagi orang-orang berjaya.
Prinsip dan disiplin yang tegar adalah sesuatu yang sebenarnya sinonim kepada kehidupan bangsa cina di bumi Malaysia ini. Untuk hidup sebagai rakyat kelas kedua menjadikan mereka lebih cekal berusaha untuk tidak berhenti mengharap dan menagih simpati di bumi ini. Kegigihan memerlukan azam yang tinggi. Azam yang tinggi memerlukan prinsip yang tegar. Semata-mata prinsip tanpa misi disiplin yang teguh tiada gunanya. Rata-rata ibubapa cina menanamkan prinsip dan disiplin yang tegar ini ke dalam anak-anak mereka guna mengharungi cabaran sebagai rakyat kelas kedua (diakui sendiri oleh orang cina). Oleh sebab itulah anak-anak cina jika dibandingkan dengan anak-anak orang melayu jauh lebih matang dan jauh lebih berkeinginan tinggi dalam mengambil apa sahaja peluang untuk memajukan diri dalam pelajaran. Di dalam perniagaan di mana ada gula di situ ada semut pepatah yang lebih tepat kepada orang cina berbanding orang melayu. Prinsip dan disiplin inilah panduan dan bimbingan utama mereka memacu perniagaan. Bidang perniagaan bagi orang cina adalah satu pekerjaan mulia dan rahmat kepada sesebuah keluarga. Sesuatu perniagaan yang didirikan membawa bersama matlamat dan harapan menggunung seisi keluarga. Perniagaan adalah periuk nasi, perniagaan adalah penghubung kekeluargaan, perniagaan adalah komitmen kemasyarakatan, perniagaan adalah jaminan kerjaya anak-anak, perniagaan adalah warisan keluarga dan perniagaan adalah satu harta yang abadi. Inilah pegangan kukuh yang ditanamkan dalam darah daging bangsa cina. Adakah ibubapa melayu sekarang meninggalkan harta dalam bentuk perniagaan kepada anak-anak mereka?
Tawakkal adalah suatu konsep ibadah yang unik dan sangat istimewa dan tiada terdapat dalam agama lain di dunia ini. Penyerahan diri secara sepenuhnya seterusnya membawa kepada perealisasian penghayatan dalam kehidupan menjadi intipati kejayaan sebenar orang Islam. Inilah faktor utama kejayaan orang Islam. Perniagaan menyumbangkan 9 daripada 10 sumber rezeki. Namun bidang ini juga menawarkan risiko kerugian. Risiko inilah yang menjadi penghalang seterusnya menutup ruang untuk orang melayu dari bergiat dalam perniagaan walaupun umum mengetahui kelebihan daripada bidang ini. Walau bagaimanapun kesedaran Islam yang semakin meningkat di kalangan orang melayu mulai berjaya menarik orang kembali kepada bidang yang menawarkan 9dari 10 sumber rezeki.

Persoalannya bagaimankah kita menggunakan faktor-faktor ini untuk turut sama berjaya?

7 sunnah nabi

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama, tahajjud,
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua, membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga, jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang
mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat, jaga solat dhuha,
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima, jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam, jaga wudhu terus menerus
kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya
Allah".

Ketujuh, amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.


Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya.

Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.