Sunday, September 7, 2008

Melayu mesti kaya

Perbandingan kejayaan dan kekayaan orang cina dan orang melayu

Tahukah anda, rahsia kekayaan orang cina?
Pernahkah anda membaca biografi Lim Goh Tong dan Boon Siew?

Berikut adalah faktor utama pendorong kepada kekayaan mereka?

1. Azam yang tinggi
2. Usaha yang tiada henti
3. Bijak mengguna dan mencipta peluang
4. Prinsip dan disiplin yang tegar

Berikut pula adalah faktor utama pendorong kepada kekayaan melayu Islam?

1. Azam yang tinggi
2. Usaha yang tiada henti
3. Bijak mengguna dan mencipta peluang
4. Tawakkal kepada Allah yang tiada penghujung


Ulasan ringkas
Bijak mengguna peluang
Prinsip dan disiplin yang tegar
Tawakkal kepada Allah yang tiada penghujung

Terdapat 3 golongan di dunia ini. Orang pertama ialah yang malas iaitu sentiasa melepaskan peluang, orang kedua pula yang rajin dan sentiasa menggunakan peluang yang ada, manakala orang yang ketiga ialah bijak dan rajin iaitu sentiasa mencari ruang untuk mencipta peluang
Belum tercatat pun di dalam sejarah orang-orang yang berjaya datang dari golongan pertama. Tetapi jika dilihat dari buku 100 orang terhebat di dunia semuanya dari golongan orang yang ketiga.
Mereka ini sentiasa mencari ruang peluang demi mencapai aspirasi besar mereka. Bagi mereka segala ujian, mehnah dan cabaran adalah batu loncatan mencapai matlamat dan tujuan. Biarpun berkali-kali menemui kegagalan tetapi ia ibarat angin yang bertiup lalu sahaja. Segala peluang dimanfaatkan dengan sepenuh-penuhnya dan digunakan pula mencipta peluang yang lebih baik. Matlamat yang jelas berserta perancangan teliti menjadi maajun utama kepada usaha gigih. Inilah rahsia sebenar yang bagi orang-orang berjaya.
Prinsip dan disiplin yang tegar adalah sesuatu yang sebenarnya sinonim kepada kehidupan bangsa cina di bumi Malaysia ini. Untuk hidup sebagai rakyat kelas kedua menjadikan mereka lebih cekal berusaha untuk tidak berhenti mengharap dan menagih simpati di bumi ini. Kegigihan memerlukan azam yang tinggi. Azam yang tinggi memerlukan prinsip yang tegar. Semata-mata prinsip tanpa misi disiplin yang teguh tiada gunanya. Rata-rata ibubapa cina menanamkan prinsip dan disiplin yang tegar ini ke dalam anak-anak mereka guna mengharungi cabaran sebagai rakyat kelas kedua (diakui sendiri oleh orang cina). Oleh sebab itulah anak-anak cina jika dibandingkan dengan anak-anak orang melayu jauh lebih matang dan jauh lebih berkeinginan tinggi dalam mengambil apa sahaja peluang untuk memajukan diri dalam pelajaran. Di dalam perniagaan di mana ada gula di situ ada semut pepatah yang lebih tepat kepada orang cina berbanding orang melayu. Prinsip dan disiplin inilah panduan dan bimbingan utama mereka memacu perniagaan. Bidang perniagaan bagi orang cina adalah satu pekerjaan mulia dan rahmat kepada sesebuah keluarga. Sesuatu perniagaan yang didirikan membawa bersama matlamat dan harapan menggunung seisi keluarga. Perniagaan adalah periuk nasi, perniagaan adalah penghubung kekeluargaan, perniagaan adalah komitmen kemasyarakatan, perniagaan adalah jaminan kerjaya anak-anak, perniagaan adalah warisan keluarga dan perniagaan adalah satu harta yang abadi. Inilah pegangan kukuh yang ditanamkan dalam darah daging bangsa cina. Adakah ibubapa melayu sekarang meninggalkan harta dalam bentuk perniagaan kepada anak-anak mereka?
Tawakkal adalah suatu konsep ibadah yang unik dan sangat istimewa dan tiada terdapat dalam agama lain di dunia ini. Penyerahan diri secara sepenuhnya seterusnya membawa kepada perealisasian penghayatan dalam kehidupan menjadi intipati kejayaan sebenar orang Islam. Inilah faktor utama kejayaan orang Islam. Perniagaan menyumbangkan 9 daripada 10 sumber rezeki. Namun bidang ini juga menawarkan risiko kerugian. Risiko inilah yang menjadi penghalang seterusnya menutup ruang untuk orang melayu dari bergiat dalam perniagaan walaupun umum mengetahui kelebihan daripada bidang ini. Walau bagaimanapun kesedaran Islam yang semakin meningkat di kalangan orang melayu mulai berjaya menarik orang kembali kepada bidang yang menawarkan 9dari 10 sumber rezeki.

Persoalannya bagaimankah kita menggunakan faktor-faktor ini untuk turut sama berjaya?

No comments: