Thursday, March 19, 2009

KOMEN DALAM BLOG CHE DET

By anas76 on March 14, 2009 12:51 AM (sama seperti komen yang ditulis kepada blog che det)

Tun yang dihormati,

1. Pertimbangan terhadap PPSMI
Kejayaan dan kegagalan pendidikan samada melalui PMR atau SPM bukan pengukur kepada kejayaan implementasi PPSMI. Namun kesan samada baik atau buruk perlu dipertimbangkan dengan teliti, lebih2 lagi kesan secara jangka masa panjang dan berkekalan. Pada ketika itu, jika kesannya buruk maka banyak usaha untuk membaikinya akan menjadi sangat sukar atau tiada penyelesaiannya!!! Pertimbangan perlulah diteliti berdasarkan juga kepada samaada kebaikan lebih banyak daripada buruk ataupun lebih buruk daripada baik....

2. Kesan baik
PPSMI akan mendatangkan keuntungan terutama bagi orang melayu untuk dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik selain dari bahasa melayu sahaja. Secara jangka masa panjang akan mendedahkan cendekiawan melayu kepada dunia global seterusnya berkemampuan untuk menjadi pemain utama dalam bidang pendidikan dunia.

3. Kesan buruk
PPSMI seolah2 mendedahkan kekurangan ketara pada bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terutama dalam bidang sains. Ini akan menimbulkan polemik dalam kalangan bukan melayu terutama yang terbabit dengan dunia profesional seolah2 bahasa Melayu hanya sesuai digunakan di kampung2 sahaja. Jurang perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia akan melebar terutama pada kalangan melayu yang akan tetap memperjuangkan nilai2 identiti dan jatidiri Malaysia sebagai Bumi Melayu dan pada kalangan bukan Melayu yang akhirnya akan berusaha memisahkan bahasa Melayu daripada identiti Malaysia dan seterusnya kelak menggunakan isu bahasa melayu yang tiada nilai komersial dan bersifat tidak kompetitif dalam memperkembangkan ilmu. Seterusnya (maaf sensitif).....percayalah ada pihak yang sedang menangguk di air keruh dalam kejayaan PPSMI dan kejatuhan BM sebagai alat ilmu sains....INI SERIUS!!!Bangsa Melayu yang seharusnya mengeksploitasikan bahasa kebangsaan dan seharusnya mengepalai kepemimpinan negara dalam isu perpaduan tetapi secara tidak sedar telah meletakkan BM kepada bahasa kelas kedua dan juga meletakkan bangsa melayu dalam kelas yang keberapa entahnya pula. Percaya atau tidak suatu hari nanti, tiada satu bangsa pun selain dari bangsa Melayu akan menggunakan BM dalam pertuturan samaada dalam bidang kerjaya, kehidupan biasa atau di mana jua. Apa pentingnya BM?

4. Bahasa Melayu alat perpaduan dan kebanggaan rakyat Malaysia
Saya sangat kagum dengan pimpinan tertinggi negara pada masa kini terutama dari kalangan bukan melayu tetapi sangat fasih berbahasa melayu. Mereka ini(yang berbahasa melayu) adalah merupakan pimpinan tulen kerana berbahasa rakyat dan sangat sensitif dalam memastikan keutuhan perpaduan. Bahasa Melayu sepatutnya dikomersialkan dan diwajibkan secara sangat meluas dalam sektor swasta tanpa banyak alasan. Jangankan guna alasan syarikat antarabangsa maka BM perlu diketepikan padahal sesuatu syarikat antarabangsa bertapak di bumi tempatan dengan alasan pasaran tempatan atau tenaga kerja tempatan.Keunikan dan keindahan Bahasa Melayu telah memberikan identiti Istimewa kepada negara Malaysia. Percayalah jika Malaysia menjadi antara negara yang berjaya di peringkat apajua bidang pun di dunia, mana2 negara akan berusaha menghayati BM bagi mendekati Malaysia.

5. Resolusi ikhlas dan tulus.
a. PPSMI jika digunakan secara meluas pada masa ini sebenarnya merupakan satu malapetaka penjajahan kepada bangsa Melayu di bumi Malaysia.
b. PPSMI tidak patut ditarik balik sebaliknya dimanfaatkan. Subjek sains dan matematik diwujukan dalam dua pilihan samaada dalam BI atau dalam BM sahaja.
c. Biarkan PPSMI hanya digunakan di MRSM, SBP dan sekolah terpilih sahaja. Ini memberikan peluang kepada orang melayu untuk membuat pilihan. Malah murid sekolah luar bandar dapat menghayati subjek sains dan matematik dalam BM dengan lebih berkesan.
d. Bangsa bukan melayu pula akan menggunakan kuota di MRSM dan SBP untuk menghayati PPSMI dan pada masa sama berkongsi aspirasi perpaduan bangsa secara bersama2.
e. Kementerian Pelajaran juga dapat menstrukturkan kembali pengurusan PPSMI dengan lebih baik. Iaitu hanya menumpukan PPSMI pada sasaran tertentu sahaja.
f. Secara 'fitrah'nya BM akan kembali menjadi BAHASA ILMU di Malaysia, dan pada ketika itu PPSMI akan dikenang sebagai kegagalan terbesar dalam sejarah Malaysia.
g. Menolak PPSMI dengan cara "win-win situation" juga akan memberikan kemenangan moral kepada bangsa Melayu.
h. Langkah alternatif bagi mengekalkan tujuan dan matlamat PPSMI secara berkesan dapat diterima semua pihak dengan tulus ikhlas bukan memberikan keputusan yang menunjukkan kedangkalan dan keangkuhan pemimpin pada masa ini.

Kesimpulannya
Saya menolak PPSMI yang dilaksanakan dengan cara menganiayai BAHASA MELAYU secara halus dan tidak sedar (atau terlepas pandang), tetapi menghormati tujuan dan aspirasi ilmu demi bangsa melayu. Apapun satu perkara paling "PENTING" ialah....PERPADUAN.
"BAHASA JIWA BANGSA"

No comments: