Thursday, March 19, 2009

TOLAKLAH PPSMI DEMI GENERASI MALAYSIA CEMERLANG

Berikut ialah tulisan saya kepada emel sahabat2 PMI dan DSIUSM pada 13 Mac 2009
Assalamualaikum.....Alhamdulillah dan selawat salam buat Rasulullah.
"A politician thinks of the next election; a statesman thinks of the next generation. ~James Freeman Clarke"
Mukadimah PPSMI
Satu survey TIMSS 2003 menunjukkan pendidikan sains dan matematik Malaysia pada kedudukan 20 dan 10 tetapi telah jatuh kepada kedudukan 21 dan 20 pada survey TIMSS 2007. Adakah selepas pelaksanaan PPSMI kita semakin bijak atau semakin *****?Pada saya survey TIMSS tidaklah boleh menjadi kayu pengukur secara mutlak kepada kejayaan PPSMI, lebih2 lagi matlamat dan aspirasi PPSMI perlu sangat diambil kira kesan kebaikannya kepada bangsa melayu dan Islam. Oleh itu samada berjaya atau tidak seharusnya dipertimbangkan secara lebih meluas dengan mengambil kira kesan jangka masa panjang dan juga kepada baik dan buruknya. Juga kesan tersurat dan kesan tersirat lebih2 lagi kepada kemaslahatan bangsa melayu dan agama Islam.
Kebaikan PPSMI
1. Bangsa melayu pada masa ini lebih banyak berinteraksi dengan satu bahasa sahaja berbanding bangsa lain yang menguasai dua atau tiga bahasa. PPSMI membuka peluang kepada bangsa melayu untuk menguasai bahasa selain BM. (sepatutnya berilah penekanan spesifik dan berkesan dalam pengajaran subjek BI)
2. PPSMI kononnya mempercepatkan proses pembelajaran dan penguasaan bidang sains dan matematik.(belum terbukti pun dan bersifat andaian sahaja)
3. PPSMI perlu dilaksanakan kerana hampir semua terminologi bahasa sains dan matematik adalah dalam BI. (Bahasa Melayu tak layak sebab BM bahasa kampung jer)
4. PPSMI akan menghasilkan lebih ramai cendekiawan yang komited dan kompetitif dalam bidang sains dan matematik global .(berapa kerat sangat?)
5. Bidang kerjaya terutamanya dalam sektor swasta lebih cenderung kepada individu yang fasih dalam BI dengan alasan syarikat bersifat antarabangsa. (bohong!!! padahal sasaran pasaran adalah tempatan, sumber tenaga kerja juga adalah tempatan, bahan mentah juga adalah sumber tempatan, urusan birokrasi juga adalah bersifat tempatan)
6. PPSMI akan mendedahkan dunia global kepada rakyat Malaysia. (sangat bahaya...ada kecenderungan menerapkan 'western oriented' seterusnya berkiblatkan dasar pandang ke barat)
7. Pelaksanaan PPSMI lambang penyatuan semua bangsa di Malaysia setelah BM yang kurang berkesan dalam mendekatkan bangsa bukan melayu dalam perpaduan. (bukan melayu tidak akan lagi menggunakan BM sebab tak penting pun kepada periuk nasi depa-tak pelu fasih berBM)
8. Bangsa Melayu adalah bangsa boleh! Jika mereka boleh menerima Bahasa Arab sebagai bahasa ilmu mengapa tidak BI diterima sebagai alternatif kepada BArab. (ini adalah agenda utama tun chedet yang berusaha mengikis dakwah Islamiyah di bumi Malaysia Islam...kumpulan pendakwah yang memperjuangkan BA sebagai medium mendekati Allah akan berhadapan tentangan sengit daripada teknokrat duniawi...bangsa melayu akan meletakkan keutamaan pada BI berbanding BA)
Keburukan PPSMI
1. Bahasa Melayu akan jadi bahasa melukut di tepi gantang jika hanya boleh ditemui dalam dunia sastera melayu, masalahnya manusia kini mementingkan ilmu sains dan matematik.
2. Sebenarnya bidang sains dan matematik adalah ilmu terpenting dalam Al Quran. Pengikisan pengaruh AQ dan menggantikannya dengan pemikiran barat dapat melenyapkan perkembangan pengkajian sains dan matematik yang membawa kepada dakwah di Malaysia.
3. Bukan melayu suka PPSMI sebab tiada keperluan mereka untuk menguasai BM lagi.....selepas ini bukan melayu yang fasih BM akan pupus! Peranan mereka dalam menolak PPSMI tidak ikhlas dan bertujuan meletakkan bahasa mereka setaraf dengan BM. (perjuangan menolak PPSMI adalah perjuangan orang melayu pada zaman ini....merdekakan BM!!!)
4. PPSMI sebenarnya membuka peluang kepada syarikat swasta untuk tidak mengambil orang melayu dengan alasan tidak pandai BI. (kenapa Malaysia perlu akur dengan keperluan syarikat swasta ini?, ini adalah diskriminasi jelas kepada orang melayu)
5. PPSMI jika dilaksanakan akan menyebabkan kedudukan BM sebagai bahasa ke5 dunia terhakis sebab semua orang melayu akan guna BI (sebenarnya BM pada sebelum PPSMI dilaksanakan sangat berpengaruh dan banyak negara sedang berkira untuk mempelajari BM....tapi tak perlulah lepasni sebab orang melayu pun guna BI)
6. Filipina menggunakan BI dalam semua subjek pendidikan. BI juga adalah bahasa utama mereka.......hasilnya mereka hanya berjaya dalam mengeksport Pembantu Rumah ke seluruh dunia.
7. PPSMI akan mewujudkan budaya dikotomi secarajelas dalam masyarakat Malaysia; miskin-kaya, elitis-non-elitis, bandar-luar bandar, penguasa-rakyat, industri besar-petani.(Kongres Kebudayaan Melayu II)
8. PPSMI akan menjurangkan perpaduan rakyat Malaysia...ada kemungkinan faktor pencetus kepada peristiwa seperti 13 Mei 69. (padahal BM diperkukuhkan kerana iktibar 13 Mei)
Resolusi
1. Sebenarnya PPSMI lebih banyak baik dari buruk tetapi sikitnya buruk itu mendatangkan satu malapetaka kepada bangsa melayu. Wajar sangat TG Haji Hadi menggelar pendokong PPSMI sebagai celaka! .....PPSMI perlu ditolak.
2. Banyak kebaikan PPSMI yang ditawarkan kepada bangsa Melayu untuk menjadi bangsa terbilang....tapi ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran... Kita ingin bangsa melayu berjaya, tapi berapa sangat? banyaknya anak melayu yg sudah berkira mengetepikan sains dalam pembelajaran mereka. ....PPSMI perlu ditolak.
3. PPSMI membawa kebaikan kepada bangsa Melayu.....jika begitu implemenkan sahaja bagi subjek sains di MRSM, SBP atau di sekolah terpilih. Adakan subjek sains dan matematik dalam dua jenis kertas(BM dan BI). Ini memberi pilihan kepada pelajar, terutama mengelakkan diskriminasi kepada pelajar lemah BI tapi minat sains dan mate. ........PPSMI tidak perlu diwajibkan kepada semua pelajar.
4. Bukan Melayu yang ingin PPSMI pada anak mereka perlu menghantar ke SBP dan MRSM...dimana sifat patriotik dapat diterapkan. Sebaliknya di SMK (J) Tamil atau cina PPSMI perlu dimansuhkan dan diganti dengan PPSMM . Bukan Melayu tiada pilihan dan perlu mengausai BM. Biarkan melayu terpilih sahaja dalam PPSMI. ........PPSMI tidak perlu diwajibkan kepada semua pelajar bukan melayu.
5. SANGAT PENTING!!!!! PPSMI ADALAH CETUSAN INDIVIDU!.... INDIVIDU BERNAMA TUN DR MAHATHIR....INDIVIDU YANG MENGHABISKAN USIANYA MENENTANG PERKEMBANGAN DAKWAH...PPSMI ADALAH SATU AGENDA TERAKHIR BAGI MEREALISASIKAN PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI......SAYA DI SINI MENGISYTIHARKAN AKAN MENOLAK DAN MENENTANG SEHABIS2NYA IDEA PPSMI CETUSAN TUN CHEDET (ADA AGENDA TERSEMBUNYI). HANYA JIKA SUATU SYURA DARI KALANGAN PIMPINAN ULAMA' BERSETUJU DENGAN PPSMI, MAKA SAYA SENTIASA BERSAMA ULAMA'.
Kesimpulannya
Ayuhlah wahai sahabat2 kita berjuang menentang dan memerdekakan BM dari penjajahan PPSMI................ Biarpun PPSMI banyak kebaikan tetapi banyak keraguan.Pandangan ikhlas dan bersungguh2 ini mengharapkan pandangan ikhlas dan penuh kasih dari sekalian sahabat.
"REDHA ALLAH YANG KITA CARI"

No comments: