Wednesday, March 18, 2009

"NOT PROUD TO BE MALAY AS 1ST CLASS CITIZEN"

......berikut adalah tulisan saya dalam blog netlog saya hampir 2 tahun yang lepas. Tulisan ini bertarikh 26 November 2007.

ALHAMDULILLAH kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi yang telah menganugerahkan pelbagai rahmat dan nikmat kepada hamba yang kerdil dan hina ini. Bangga dilahirkan sebagai melayu, sedikit pun tidak terdetik pada ketika ini biarpun menikmati hak keistimewaan sebagai bumiputera. Apakah keistimewaan dan hak bumiputera yang dinikmati? Aku pun tak tahu...??! Pada ketika blog ini ditulis, perhimpunan Hindraf yang telah mengecohkan KL masih lagi panassss.
Hindraf pun taklah aku tahu sangat detail apa halnya mereka terasa sangat susahnya hidup di Malaysia nih. Pada aku sebenarnya semua apa yang mereka nak dapat, pokoknya adakah peluang yang ada diambil dan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Orang cina pun dapat menerima hakikat mereka adalah 2nd class citizen tetapi hakikat inilah yang menyedarkan mereka untuk tidak bergantung kepada pihak lain demi kemajuan bangsa mereka.
So apa gunanya aku bangga jadi orang melayu sekiranya hak keistimewaan ini bukan sangat dapat kat orang melayu tapi dapat kat pimpinan negara yang kaut demi kepentingan sendiri dan kaum kerabat. Kalau Hindraf mengungkit hak keistimewaan yang telah menindas mereka mungkin ada kewajarannya, tetapi apakah hak2 orang melayu terus terbela? Tulisan jawi hilang....sekolah agama rakyat lenyap...... tanah rizab melayu semakin kurang....bahasa melayu jadi sejarah......pendapatan keluarga melayu semakin besar jurang.........pemilikan ekuiti melayu mimpi saja....bilangan pemimpin melayu dahlah kurang yang adapun tongong (maaf kasar-marah)......ada agama pun perlekeh dan buat agama Islam Hadhari baru pulak......ada keistimewaan melayu dalam kuota ke IPT pun jadi sistem merit pulak.......so memang bangsa melayu nih memang bagus berkorban kepada bangsa lain. Tapi apa melayu dapat? Nakkan perpaduan konon! tapi perpaduan yang hanya artificial atau retorika semata2 kerana kepentingan politik sahaja.
Apapun alhamdulillah aku dilahirkan sebagai muslim. Tak perlulah susah hati memikir dan mengenangkan ketidakadilan lahir bukan sebagai bangsa yang menjadi tuan di tanahair. Apajua bangsa pun sebenarnya punya hak dan keadilan di atas muka bumi Allah sebagai makhluk dan hamba Allah. Semua manusia berhak merasakan nikmat yang ada secara samarata, tetapi untuk mendapatkan keistimewaan mengecapi nikmat dan rahmat Allah adalah lebih baik dalam keadaan memperakui Allah sebagai Tuhan Pentadbir Alam.
Siapa pun kamu, apa jua bangsa kamu kita seharusnya bersaudara sebagai sesama muslim memperjuangkan hak keistimewaan orang Islam. Inilah satu2nya bentuk perpaduan yang paling baik dan paling praktikal. Perpaduan demi sama2 meningkatkan syiar Islam. Malah orang Cina ataupun India berhak dan boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia dengan syarat mereka Islam.
Aku sangat berharap sesiapa yang membaca blog ini untuk sama2 memperjuangkan hak2 keistimewaan orang Islam.

26 November 2007

No comments: